PRESIDEN Korea Selatan Yoon Suk Yeol dan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Sabtu bersetuju memulakan perbincangan mengenai memperluaskan latihan ketenteraan bersama di tengah-tengah ancaman nuklear dan peluru berpandu yang semakin meningkat dari Korea Utara.
Kedua-dua negara mencapai persetujuan ketika sidang kemuncak pertama mereka di Seoul, lapor Agensi Berita Yonhap.
“Kedua-dua pemimpin bersetuju memulakan perbincangan untuk meluaskan skop dan skala latihan serta latihan ketenteraan gabungan di dan sekitar Semenanjung Korea,” menurut kenyataan bersama pada sidang kemuncak itu.
Latihan ketenteraan antara sekutu telah dikurangkan susulan pandemik Covid-19 dan sebagai sebahagian daripada usaha melibatkan Korea Utara ketika pentadbiran presiden Moon Jae In dan presiden AS Donald Trump sebelum ini.
Biden juga menegaskan komitmen “dasar pencegahan lanjutan” AS kepada Korea Selatan menggunakan “pelbagai keupayaan pertahanan AS, termasuk keupayaan pertahanan nuklear, konvensional dan peluru berpandu,” menurut kenyataan itu. – Bernama, 22 Mei, 2022.
Komen