Dua juruterbang tentera Turki maut pesawat latihan terhempas


Pesawat jenis SF-260D yang digunakan oleh tentera udara Turki untuk latihan. Dua juruterbang Turki maut selepas pesawat latihan terhempas 23 minit selepas ia berlepas dari pangkalan udara Cigli.– Gambar Youtube, 16 Februari, 2018.

DUA juruterbang Turki maut selepas pesawat latihan tentera terhempas pada Jumaat di barat Izmir, kata tentera. 

Menurut kenyataan rasmi tentera, pesawat jenis SF-260D terputus hubungan 23 minit selepas berlepas daripada pangkalan Cigli pada jam 10.26 pagi.

Serpihan pesawat dan mayat juruterbang ditemui pasukan pencari dan menyelamat tiga kilometer daripada pangkalan itu. 

Ahli pasukan penyiasat teah memulakan pencarian di kawasan nahas, tambah tentera. – AFP, 16 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen