Keluarga Netanyahu jadi perhatian kes rasuah


Gambar fail Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bersama anaknya Yair melawat Jerusalem pada 2015. Polis sedang menyiasat Netanyahu dan keluarganya dalam dakwaan rasuah. – Gambar AFP, 16 Februari, 2018.

DAKWAAN polis Israel terhadap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu minggu ini yang membabitkan cerut mahal, champagne dan barangan perhiasan terus membongkar kisah membabitkan dakwaan salah laku pemimpin itu dan beberapa ahli keluarganya.

Ia dakwaan paling serius terhadap Netanyahu sepanjang pemerintahan beliau sejak sekian lama.

Dakwaan itu termasuk insiden anjingnya Kaiya, menggigit seorang ahli dewan perundangan, dakwaan isterinya memalsukan perbelanjaan penyelenggaraan rumah dan rakaman perbualan anak lelaki sulungnya di luar sebuah kelab bogel dalam keadaan mabuk.

Netanyahu yang berulang kali mengaku tidak bersalah berkata tumpuan terhadap keluarganya tidak adil, dan menyifatkan kebanyakan cerita yang disebarkan adalah cubaan untuk menjatuhkannya.

Seorang pakar pendapat umum, kumpulan pemikir Institut Demokrasi Israel, Tamar Hermann berkata penyokong Netanyahu pasti akan bersetuju dengannya tetapi tidak yang lain.

Polis mengesyorkan Netanyahu didakwa, selepas beliau dan ahli keluarganya dituduh menerima cerut, champange dan barangan perhiasan bernilai kira-kira sejuta shekels (RM1.1 juta) oleh penerbit Hollywood, Arnon Milchan dan hartawan Australia, James Packer. – AFP, 16 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen