DUA atlet Switzerland dijangkiti virus norovirus di Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang, menjadikannnya kes pertama melibatkan atlet.
Pasukan Olimpik Swiss tidak menamakan dua atlet terbabit namun media Swiss RTS berkata mereka ialah atlet ski gaya bebas Fabian Boesch dan Elias Ambuehl.
Dalam satu kenyataan, pasukan itu berkata kedua-duanya atlet yang tidak ditempatkan di Perkampungan Olimpik itu kini tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit itu lagi.
Pasukan itu berharap mereka akan pulih secukupnya supaya dapat mengambil bahagian dalam sukan Olimpik itu.
Seramai 200 orang di sukan itu - kebanyakannya kakitangan keselamatan - jatuh sakit selepas diserang virus norovirus yang menyebabkan cirit-birit serta muntah. – AFP, 16 Februari, 2018.
Komen