Rihanna selamat lahirkan bayi lelaki


Bintang terkenal Rihanna dan penyanyi rap A$AP Rocky dilaporkan menyambut kelahiran bayi pertama mereka pada 13 Mei di Los Angeles. – Gambar AFP, 20 Mei, 2022.

BINTANG terkenal Rihanna dan penyanyi rap A$AP Rocky dilaporkan menyambut kelahiran bayi pertama mereka pada 13 Mei di Los Angeles, menurut TMZ.

Rihanna yang terkenal dengan lagi “Diamonds” dan “Umbrella” selepas mengumumkan kehamilannya, sering tampil dengan pakaian seksi yang menayangkan perut besarnya.

People Magazine mengesahkan kelahiran bayi itu, memetik sumber dekat dengan pasangan itu berkata mereka kini berada di rumah bersama bayi dengan Rihanna dalam keadaan baik, dan mereka teruja untuk menjadi ibu bapa.

Wakil pasangan itu bagaimanapun belum memberi sebarang kenyataan.

Tiada maklumat lain termasuk nama bayi didedahkan kepada umum setakat ini.

Rihanna atau nama sebenarnya Robyn Rihanna Fenty, 34, menjadi jutawan sejak beberapa tahun terakhir ini, menerusi pencapaian muziknya serta produk kosmetik, pakaian dalam dan pakaian. – AFP, 20 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen