Seorang cedera insiden tembakan rambang di sekolah di Jerman


SEORANG lelaki berusia 21 tahun melepaskan tembakan rambang di sebuah sekolah menengah di utara Jerman semalam, menyebabkan seorang kakitangan wanita cedera parah, sebelum suspek berjaya ditahan, kata polis.

Insiden berlaku di Lloyd Gymnasium di bandar pelabuhan Bremerhaven.

Penyiasat masih belum dapat memastikan motif kejadian itu, tetapi pendakwa Oliver Constien dalam siasatan awal berkata ia berpunca daripada masalah psikologi.

Tembakan di sekolah dianggap jarang berlaku di Jerman, negara yang mengenakan undang-undang senjata api yang ketat di Eropah.

Tetapi beberapa insiden terbaru baru-baru ini menggemparkan negara.

Polis Bremerhaven berkata suspek masuk ke bangunan sekolah selepas 9 pagi dan menembak seorang kakitangan wanita.

Penggera kemudian dihidupan dan polis menahan suspek di kawasan berhampiran tempat kejadian dan merampas senjatanya.

Mangsa sedang dirawat di hospital. – AFP, 20 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen