Pakistan haramkan import barangan mewah


Mata wang negara Pakistan mencatatkan angka paling rendah dalam sejarah, semalam dengan 200 rupee berbanding AS$1. – Gambar EPA, 20 Mei, 2022.

KERAJAAN baharu Pakistan akan mengharamkan import bagi lebih 30 barangan mewah termasuk kereta dan jem buah dalam usaha untuk membantu merangsangkan ekonomi negara itu yang goyah.

Pakistan berdepan beban hutang, rizab mata wang asing yang semakin berkurangan serta lonjakan inflasi.

Mata wang negara paling rendah dalam sejarah, semalam dengan 200 rupee berbanding AS$1.

“Keputusan untuk mengharamkan import barangan mewah akan menyelematmakn tukaran wang asing,” kata Perdana Menteri Shehbaz Sharif di Twitter.

Langkah itu menyasarkan elit negara itu, dengan pengharaman barangan seperti telefon bimbit dan kereta – yang membentuk import terbesar – selain kosmetik dan jem.

“Kita akan dapat menjimatkan AS$6 bilion dengan mengenakan sekatan terhadap import barangan mewah,” kata Menteri Penerangan Marriyum Aurangzeb pada sidang media, menambah larangan itu berkuatkuasa serta-merta. – AFP, 20 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen