JAKET dan selendang tebal menjadi pakaian di Brazil pada masa ini, ketika negara tropical itu mengalami cuaca sejuk yang luar biasa, memberi tekanan kepada golongan gelandangan serta tanaman.
Dengan 1.4 darjah selsius, ibu kota Brasilia merekodkan suhu paling sejuk dalam sejarahnya semalam, dengan lebih sebulan lagi tempoh sebelum bermulanya musim sejuk.
Di laman web agensi meteorology Inmet, seluruh selatan Brazil berwarna jingga dengan kapsyen: Gelombang sejuk (bahaya).
Di Sao Paulo, bandar Amerika Latin terbesar, suhu pada 6.6 darjah selsius pagi Rabu, rekod terbaru untuk Mei sejak 1990. Suhunya bagaimanapun terasa seperti -4 darjah selsius.
Seorang lelaki gelandangan berusia 66 tahun maut di Sao Paolo baru Rabu selepas rebah ketika beratur untuk mendapatkan bantuan makanan.
Dewan Bandaraya Sao Paulo minggu ini mengumumkan tambahan 2,000 katil di pusat perlindungan, menjadikan jumlah keseluruhan kapasiti kepada 17,000.
Tetapi ibu kota ekonomi Brazil itu mempunyai hampir 32,000 gelandangan, hampir satu pertiga tambahan berbanding tiga tahun lalu, sebelum pandemik koronavirus.
Di bandar selatan, Santa Catarina yang merekodkan suhu di bawah 2 darjah selsius selama beberapa hari, menyebabkan pelancong teruja.
Menurut agensi meteorologi Metsul, gelombang sejuk ini berpunca daripada taufan Yakecan yang memberi kesan kepada Brazil dan Uruguay.
Inmet memberi amaran kemungkinan keadaan sejuk tiba-tiba dan membekukan tanaman di negara pengeluar makanan terbesar dunia itu. – AFP, 20 Mei, 2022.
Komen