Polis Belanda tahan 3 individu berhubung letupan ATM di Jerman 


POLIS Belanda menahan tiga individu berhubung beberapa serangan bom ke atas mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Jerman yang memperoleh hampir satu juta euro (AS$1.05 juta), kata agensi kepolisan EU (Europol) pada Khamis.

Tiga suspek anggota kumpulan penjenayah yang menyasarkan mesin ATM telah ditahan di bandar Haarlem dan Vianen di Belanda Selasa lalu, kata Europol.

Seringh menggunakan kenderaan curi dan melakukan kegiatan itu pada waktu malam, kumpulan terbabit menggunakan bahan letupan untuk memecah masuk ke lapan ATM di Jerman pada Oktober dan November 2021 dan mencuri wang tunai di dalamnya, kata Europol dalam satu kenyataan.

“Dengan sokongan Europol, Polis Belanda, bekerjasama dengan Polis Jerman… telah menahan tiga orang yang disyaki anggota kumpulan penjenayah yang bertanggungjawab untuk beberapa rompakan yang menyasarkan ATM di Jerman,” kata Europol.

Polis Jerman menahan tiga lagi suspek pada Mac 2020 dan sedang memburu seorang lagi.

Letupan ATM di Hessen, Baden-Wuerttemberg, Lower Saxony dan Rhineland Palatinate di Jerman menyebabkan kerugian lebih 958,000 euro dalam bentuk tunai, kata Europol.

Letupan yang menyebabkan kerugian hampir satu juta euro itu juga “tidak menunjukkan gambaran tentang risiko bahaya, malah kemungkinan kematian, kepada mereka yang tinggal berdekatan atau yang berada berhampiran mesin pada masa itu.” – AFP, 19 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen