180 kes hepatitis akut babit kanak-kanak di AS


Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS berkata punca penyakit hepatitis akut meningkat dalam kalangan kanak-kanak masih belum dapat dipastikan. – Gambar AFP, 19 Mei, 2022.

SERAMAI 180 kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) dilaporkan menghidap hepatitis akut setakat pada Rabu, memetik kemas kini terbaru Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.

Jumlah baharu itu adalah peningkatan sebanyak 71 kes berbanding 109 kes yang dilaporkan CDC pada 5 Mei, lapor Xinhua.

Namun, tiada kematian dilaporkan sejak Februari dan pesakit kanak-kanak yang memerlukan pemindahan hati telah menurun daripada 15 peratus kepada sembilan peratus sejak 5 Mei.

Menurut CDC, masih belum dapat dipastikan punca penyakit ini meningkat dalam kalangan kanak-kanak. 

Pada 21 April, CDC telah mengeluarkan amaran kesihatan mengenai penyakit ini. – Bernama, 19 Mei, 2022.              


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen