Impak wabak tidak jejaskan kemapanan ekonomi China


Trend pertumbuhan ekonomi China yang mapan tidak terjejas akibat impak pandemik Covid-19. – Gambar EPA, 16 Mei, 2022.

IMPAK pandemik Covid-19 tidak menjejaskan trend pertumbuhan ekonomi China yang mapan, dan tidak mengubah ciri-ciri ekonomi China yang mempunyai daya tahan yang tinggi, berpotensi besar dan luas.

Jurucakap Biro Statistik Negara (NBS) China, Fu Linghui berkata demikian ketika mengulas tentang pengoperasian ekonomi untuk April, dalam sidang taklimat pada Isnin.

Dalam perkembangan lain, kerajaan tempatan bandar raya Shanghai dalam satu pengumuman mengenai situasi pengawalan pandemik Covid-19 memberitahu, 15 daripada 16 daerah di bandar raya itu telah dikategorikan sifar kes jangkitan, oleh itu, aktiviti harian akan kembali kepada normal mulai Jun.

Setakat Jumaat lalu, lebih 4,400 daripada lebih 9,000 perusahaan industri yang besar di Shanghai telah menyambung semula operasi. 

Ketika ini, situasi wabak di pelbagai tempat di China semakin terkawal, ia membuktikan langkah-langkah yang diambil adalah tepat dan menjamin pemulihan ekonomi.

Menurut statistik diumumkan pihak berkuasa pada Isnin, kelebihan skala pasaran gergasi China masih berada pada tahap memberangsangkan sementara trend pertumbuhan ekonomi mapan kekal berterusan.

Pada April, jumlah jualan runcit barang penggunaan mencatat RMB2.9 trilion (RM1.8 trilion) dan jumlah import-eksport mencatat RMB3.2 trilion (RM2 trilion), secara tidak langsung memperlihatkan trend ekonomi China kekal menuju ke tahap pembangunan berkualiti tinggi. – Bernama, 17 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen