DUTA Amerika Syarikat Nikki Haley semalam mengatakan “sudah tiba masanya untuk Majlis Keselamatan bertindak” susulan laporan pakar PBB menyimpulkan yang Iran melanggar embargo senjata api ke atas Yaman.
Laporan itu mendapati yang Tehran gagal menyekat bekalan peluru berpandu balistik kepada pemberontak Huthi di Yaman. Peluru itu dipercayai ditembak ke Arab Saudi.
“Laporan itu menyokong apa yang kami katakan: Iran secara haram memindahkan senjata seterusnya melanggar resolusi Majlis Keselamatan,” kata Haley dalam satu kenyataan.
Duta itu menambah yang “dunia tidak boleh terus membenarkan pelanggaran terus terang ini tidak dihukum” dan Tehran perlu berdepan “kesannya.”
“Sudah sampai masanya Majlis Keselamatan bertindak.”
Iran menafikan membekalkan senjata kepada Huthi dan menuduh Haley membentangkan bukti “rekaan” tentang peluru berpandu ditembak ke Riyadh pada 4 Novermber adalah buatan Iran.
Diplomat mengatakan pelanggaran Iran berkemungkinan besar akan ditangani dalam draf resolusi memperbaharui sekatan ke atas Yaman yang dijangka dilakukan majlis bulan ini.
Tidak jelas sama ada Rusia akan menyokong sebarang tindakan menghukum Iran.
Duta Rusa Vassily Nebenzia bulan lepas menimbulkan keraguan ke atas laporan itu, yang pertama kali dilaporkan AFP pada Januar selepas ia dihantar secara rahsa kepada Majlis Keselamatan.
Walaupun laporan itu mendapati Iran melanggar embargo dikenakan pada 2015 itu, pakar mengatakan mereka tidak berjaya mengesan pembekal senjata itu.
Rusia mempunyai kuasa veto menyekat sekatan seperti mana lima ahli tetap Majlis Keselamatan lain iaitu Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat. – AFP, 16 Februari, 2018.
Komen