30% kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi Covid-19


Seramai 1,646,257 kanak-kanak atau 46.4% daripada yang berumur lima hingga 11 tahun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Mei, 2022.

SEBANYAK 1,063,569 atau 30% kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Menurut laman web CovidNow, seramai 1,646,257 kanak-kanak atau 46.4% daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, 2,905,317 (93.4%) lengkap menerima vaksinasi manakala 3,002,852 (96.5%) daripada kumpulan sama menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam tempoh sama, sejumlah 16,066,394 atau 68.3% golongan dewasa menerima dos penggalak manakala 22,971,246 (97.6%) lengkap dua dos dan 23,247,211 (98.8 peratus) telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Bagi pemberian dos harian pula, sebanyak 9,228 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam melibatkan 2,700 dos pertama, 4,779 dos kedua dan 1,749 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,689,336. 

Menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, lima kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan dua kes di Melaka dan masing-masing satu kes di Johor, Sarawak dan Selangor. – Bernama, 17 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen