Trump bakal bertemu presiden Mexico


Pena Nieto (kiri) dan Trump pernah bertemu sekali selepas presiden AS ke-45 itu mula mentadbir. – Gambar fail AFP, 16 Februari, 2018.

WHITE House semalam mengatakan Donald Trump dan rakan sejawatnya dari Mexico, Enrique Pena Nieto sedang berusaha mengadakan pertemuan, ketika hubungan dua negara itu semakin tegang.

“Kedua-dua delegasi sedang mengaturkan pertemuan dalam masa terdekat,” kata White House menambah ia akan memberikan peluang kepada kedua pemimpin itu untuk “membincangkan pelbagai isu secara terbuka.”

Trump mengugut untuk membatalkan perjanjian perdagangan dengan Mexico dan Kanada, membina tembok di sempadan kedua negara dan berulang kali menggambarkan pendatang Mexico di AS sebagai penyagak, perogol dan pembunuh.

Tetapi beliau semakin mengurangkan retorik keji terhadap Mexico menjelang pilihan raya presiden negara itu Julai depan.

Pegawai AS bimbang retorik keji akan memberi kemenangan kepada calon berhaluan kiri Andres Manuel Lopez Obrador.

Pena Nieto dan Trump pernah bertemu sekali selepas presiden AS ke-45 itu mula mentadbir. – AFP, 16 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen