SEKURANG-KURANGNYA 11 orang termasuk dua kanak-kanak terbunuh dan 34 orang lagi cedera selepas sebuah bas jatuh gaung di Peru, kata pihak berkuasa semalam.
Kejadian berlaku tengahari semalam apabila sebuah bas terbalik jatuh ke dalam gaung sedalam 100 meter di wilayah Ancash di utara Lima, kata Pertahanan Awam.
Bas itu sedang menuju ke Lima dari utara La Libertad di Lebuhraya Tayabamba.
“Kami merekodkan 34 orang cedera dan 11 orang terbunuh di wilayah Ancash,” kata kenyataan Pertahanan Awam.
Polis dan penduduk tempatan berkerja sehingga awal pagi Ahad untuk mengeluarkan mayat mangsa dari tempat kejadian.
Mangsa yang cedera di bawa ke hospital wilayah Sihuas.
Pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian.
Kemalangan jalan raya sering berlaku di Peru disebabkan pemanduan melebihi had laju, keadaan buruk jalan raya, kekurangan tanda isyarat jalan dan kurang penguatkuasa peraturan jalan oleh pihak berkuasa.
Februari lepas, 20 orang maut selepas sebuah bas jatuh gaung di Tayabamba. – AFP, 16 Mei, 2022.
Komen