Somalia pilih Hassan Sheikh Mohamud sebagai presiden kali kedua


Hassan Sheikh Mohamud mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Somalia selepas memenangi pilihan raya presiden di ibu negara Mogadishu. – Gambar EPA, 16 Mei 2022.

SOMALIA memilih Hassan Sheikh Mohamud memegang jawatan presiden buat kali kedua berikutan pilihan raya yang sudah lama tertangguh semalam.

Negara Tanduk Afrika yang bergolak itu yang sedang berhadapan pemberontakan Islam dan ancaman kebuluran.

Selepas pilihan raya maraton melibatkan 36 calon yang disiarkan secara langsung di TV negeri pegawai Parlimen mengira 214 undi memihak kepada bekas presiden Mohamud, jauh lebih banyak daripada jumlah yang diperlukan bagi mengalahkan penyandangnya Mohamed Abdullahi Mohamed yang lebih dikenali sebagai Farmajo.

Mohamud yang sebelum ini menjadi presiden dari 2012-2017 mengangkat sumpah sejurus selepas undian dikira.

“Saya mengalu-alukan saudara saya di sini, presiden baharu Hassan Shik Mohamud dan mengucapkan selamat maju jaya dengan tugas besar itu…kami akan bersolidariti dengannya,” kata Farmajo.

Rakan kongsi antarabangsa Somalia berulang kali memberi amaran bahawa kelewatan pilihan raya disebabkan oleh perselisihan politik - adalah gangguan berbahaya daripada pejuangan menentang pemberontak Al-Shabaab yang berjuang untuk menggulingkan kerajaan selama lebih daripada satu dekad.

Dalam peringatan keadaan keselamatan negara yang berbahaya letupan kedengaran berhampiran kompleks lapangan terbang Mogadishu yang dikawal ketat di lokasi ahli Parlimen mengundi semalam. Polis berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam letupan itu. – AFP, 16 Mei 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen