BINTANG pop Britney Spears di Instagram semalam berkata yang kehamilannya yang diumumkan bulan lepas berakhir dengan keguguran.
“Dengan rasa sedih sekali kami mengumumkan yang kami kehilangan bayi kami pada fasa awal kehamilan,” kata penyanyi berusia 40 tahun itu dalam catatan bersama pasangannya, Sam Asghari.
Spears mengumumkan yang beliau hamil menerusi Instagram pada 11 April lalu.
Berita gembira itu keluar lima bulan selepas hakim Los Angeles membatalkan penjagaan jangka masa panjang di bawah ayah Spears- kawalan perundangan ke atas penyanyi itu yang dikatakan meliputi pemaksaan pencegahan kehamilan walaupun penyanyi itu mahukan lebih ramai anak.
Dalam catatan semalam, Spears dan Asghari menambah yang mereka “akan terus cuba meluaskan keluarga mereka…dan meminta diberikan privasi ketika masa mencabar ini.”
Spears mempunyai dua anak lelaki, Sean dan Jayden, bersama bekas suaminya Kevin Federline.
Asghari dan Spears bertemu pada 2016 ketika rakaman video lagunya, Slumber Party.
Selepas mengumumkan pertunangan pada hujung tahun lepas, Spears mula memanggil jejaka berusia 28 tahun itu sebagai suaminya. – AFP, 15 Mei, 2022.
Komen