Saintis Jepun hasilkan tenaga bersih dari putih telur


Syarikat-syarikat terkemuka dunia melihat hidrogen sebagai tenaga bersih utama bagi membekalkan kuasa untuk segala-galanya, dari kereta ke bangunan pejabat di masa depan serta menghapuskan bahan api fosil yang menyebabkan pemanasan global. – Gambar EPA, 15 Februari, 2018.

SEORANG saintis Jepun hari ini berkata pasukannya telah berjaya menemui satu kaedah untuk meningkatkan pengeluaran tenaga bebas karbon dengan menggunakan protein yang diambil dari putih telur.

Yusuke Yamada, seorang profesor di Osaka City University berkata pasukannya berjaya menggunakan protein dari putih telur sebagai “alat” menghasilkan hidrogen, sumber kuat kuasa elektrik yang bersih.

“Kaedah baru itu membawa manusia lebih hampir kepada tujuan utama kami dalam menghasilkan hidrogen dari air,” kata Yamada.

“Ini meletakkan asas kepada pengeluaran hidrogen bersih di masa depan,” tambah saintis itu lagi.

Apabila ia bertindak balas dengan oksigen, hidrogen menghasilkan kuasa elektrik, dengan melepaskan hanya air dan haba.

Tetapi hidrogen kini dihasilkan secara besar-besaran menggunakan gas atau bahan api fosil yang terhasil dari pelepasan berbahaya.

Jelas Yamada, ia boleh dihasilkan di dalam makmal tanpa bahan api fosil, dan saintis secara tradisi melakukannya dengan mewujudkan interkasi khusus molekul di dalam cecair.

Tetapi molekul dan zarah yang bebas bergerak secara rawak di dalam bendalir boleh mengganggu proses penghasilan hidrogen, dan saintis telah sekian lama mencari jalan untuk melumpuhkan mereka.

Pasukan Yamada menggunakan protein di dalam telur untuk membina kristal dengan banyak lubang kecil bagi memerangkap zarah-zarah ini.

Perubahan itu menyebabkan interaksi molekul peka kepada kawalan lalu lintas dan meningkatkan kecekapan pengeluaran hidrogen bersih, kata Yamada.

Syarikat-syarikat terkemuka dunia melihat hidrogen sebagai tenaga bersih utama bagi membekalkan kuasa untuk segala-galanya, dari kereta ke bangunan pejabat di masa depan serta menghapuskan bahan api fosil yang menyebabkan pemanasan global.

Kaedah Yamada itu diterbitkan dalam jurnal saintifik “Aplied Catalyst B” edisi Februari. – AFP, 15 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen