Ribuan tunjuk perasaan pertahan hak gugur kandungan di AS


Penunjuk perasaan bantah undang-undang larangan gugur kandungan dianjurkan di di New York, Washington, Los Angeles, Austin dan Chicago selain beberapa himpunan kecil di AS. – Gambar EPA, 14 Mei, 2022.

RIBUAN aktivis bersiap sedia untuk menawan jalanan di Amerika Syarikat (AS) hari ini bagi mendesak kebenaran menggugurkan kandungan dengan selamat dan mengikut undang-undang.

Demonstrasi di seluruh negara itu adalah respons kepada deraf pandangan yang terbocor menunjukkan majoriti konservatif Mahkamah Agung mempertimbangkan untuk membatalkan keputusan mahkamah 1973 yang menjamin akses kepada menggugurkan kandungan.

“Badan kami milik kami – jika tidak, kita belum benar-benar bebas dan saksama,” kata satu petisyen daripada Bans Off Our Bodies, satu organisasi oleh beberapa kumpulan termasuk Planned Parenthood dan Women’s March.

“Di seluruh negara, sesetengah ahli politik cuba buat keputusan untuk badan kami.

“Kami tidak akan biarkan larangan menggugurkan kandungan berlaku di seluruh negara dan merisikokan hidup serta masa depan kami, dan kami tidak akan berdiam diri ketika hak asas untuk mengawal tubuh sendiri, dirampas.”

Penunjuk perasaan dijangka berkumpul di New York, Washington, Los Angeles, Austin dan Chicago selain beberapa himpunan kecil di seluruh negara.

Deraf pandangan itu mencetuskan kemarahan berhubung kemungkinan hak untuk menggugurkan kandungan ditarik balik sebelum pilihan raya pada November. – AFP, 14 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen