27 maut, bangunan terbakar di New Delhi


Sekurang-kurangnya 27 maut dan berpuluh-puluh yang lain cedera dalam satu kebakaran besar di sebuah bangunan di New Delhi semalam. – Gambar AFP, 14 Mei, 2022.

SEKURANG-KURANGNYA 27 maut dan berpuluh-puluh yang lain cedera dalam satu kebakaran besar di sebuah bangunan di New Delhi, semalam, kata perkhidmatan kesihatan.

Kebakaran berlaku di bangunan komersial empat tingkat di barat Delhi pada lewat petang, dan punca kejadian masih belum diketahui.

“Sebanyak 27 mayat rentung ditemui di bangunan itu dan berpuluh yang cedera sedang menjalani rawatan,” kata jurucakap jabatan bomba Satpal Bharadwaj.

Bharadwaj berkata terdapat kira-kira 70 orang di dalam bangunan itu ketika kebakaran berlaku.

“Tiada laluan kebakaran dan kebanyakan mati kerana lemas terhidup asap,” katanya.

Sebahagian mangsa bertindak melompat keluar dari bangunan yang sedang terbakar.

Difahamkan bangunan itu menempatkan pejabat sebuah syarikat kamera keselamatan. – AFP, 14 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen