PETRONAS hari ini mengeluarkn kenyataan mohon maaf berikutan “ang pau” putih yang menyinggung masyarakat Cina yang akan meraikan hari pertama sambutan Tahun Baru Cina esok.
Dala kenyataan yang disiarkan di laman Facebook rasminya hari ini, syarikat itu menyatakan permohonan maaf kepada mereka yang marah dengan rekaan paket CNY 2018.
Menurut Petronas, rekaan paket berkenaan adalah kayra asli di bawah koleksi seni Galeri Petronas.
“Paket awal mempamerkan lukisan dakwat Cina dari koleksi seni Petronas, yang menggambarkan sambutan fajar baru dan harapan untuk tahun baru.
“Warna cahaya di latarbelakangnya, bagaimanapun disalahertikan sebagai warna putih, yang mana dalam budaya Cina, ia dianggap tidak masuk akal.”
Petronas berkata bahawa mereka tidak pernah berniat untuk mengabaikan sebarang sensitiviti budaya.
“Kami gembira untuk berkongsi yang berdasarkan maklum balas, kami telah menghasilkan reka bentuk merah baru untuk paket wang kami,” kata syarikat itu.– 15 Februari, 2018.
Komen
Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Leslie Chan · Ulasan