TIGA pemain ski Perancis ditemui mati pada Khamis di Gunung Pyrenees selepas tertimbus akibat runtuhan salji, kata pihak berkuasa tempatan.
Mayat tiga lelaki berasal dari barat Perancis itu, berusia antara 29 dan 38 tahun, dikeluarkan oleh anggota pasukan penyelamat pada pagi Khamis, menurut pihak berkuasa tempatan di pusat peranginan Cauterets.
Seorang lagi pemain ski turut ditemui mati di pusat peranginan Gavarnie di Pyrenees pada Selasa.
Pergunungan antara Perancis dan Sepanyol itu menerima penurunan salji tebal tahun ini, yang menjadikan ia lebih popular berbanding pergunungan Alps, menyebabkan ia cenderung berdepan dengan kemalangan paling tinggi, kata pihak berkuasa. – AFP, 15 Februari, 2018.
Komen