PRESIDEN Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Khalifa bin Zayed Al-Nahyan meninggal dunia pada usia 73 tahun selepas sakit sejak beberapa tahun lalu.
Presiden negara Teluk yang kaya dengan minyak itu, mungkin akan digantikan oleh abang tirinya, Putera Mahkota Abu Dhabi Mohammed bin Zayed, yang sudah dilihat sebagai pemerintah de facto UAE.
“Kementerian Hal Ehwal Presiden telah berkabung kepada rakyat UAE, negara Arab dan Islam dan dunia atas kematian Presiden Yang Teramat Mulia Sheikh Khalifa bin Zayed Al-Nahyan,” menurut agensi berita rasmi WAM menerusi Twitter.
Kementerian mengumumkan 40 hari berkabung, dengan bendera dinaikkan separuh tiang mulai Jumaat dan kerja di sektor awam dan swasta dihentikan untuk tiga hari pertama.
Sheikh Khalifa mengambil alih sebagai presiden kedua UAE pada November 2004, menggantikan bapanya sebagai pemerintah ke-16 Abu Dhabi.
Bagaimanapun punca kematian tidak didedahkan kepada umum. – AFP, 13 Mei, 2022.
Komen