Jepun, China, Korea Selatan, Asean bimbang impak perang ke atas ekonomi


Konflik Rusia-Ukraine memberi kesan terhadap ekonomi serantau terutama kenaikan harga makanan dan tenaga. – Gambar EPA, 13 Mei, 2022.

KETUA kewangan Jepun, China, Korea Selatan dan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (Asean) semalam mengeluarkan kenyataan bersama mengenai kebimbangan kesan perang Rusia-Ukraine terhadap ekonomi serantau.

“Kenaikan harga makanan dan tenaga diburukkan lagi oleh konflik Rusia-Ukraine mungkin menimbulkan risiko negatif kepada prospek perdagangan dan pelaburan, pertumbuhan dan inflasi rantau ini,” lapor Jiji Press memetik menteri kewangan dan pegawai-pegawai bank pusat Asia Timur dan Tenggara dalam satu kenyataan pada mesyuarat dalam talian.

Selain dasar monetari yang diperketatkan di luar jangkaan dalam beberapa ekonomi utama, gangguan rantaian bekalan yang berpanjangan turut menjadi punca kebimbangan mereka.

Mereka menegaskan kepentingan meneruskan “dasar sokongan” untuk mengurangkan kesan pandemik novel coronavirus dan mengukuhkan pemulihan ekonomi yang mampan, menurut laporan itu. – Bernama, 13 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen