SERAMAI 11 maut dan 31 lagi diselamatkan dalam insiden bot karam di luar pantai Puerto Rico semalam, menurut Pengawal Pantai AS.
Menerusi Twitter dimaklumkan setakat petang Khamis kru yang bertindak pantas berjaya menyelamatkan 31 mangsa – 11 wanita dan 20 lelaki, manakala 11 mangsa yang maut sudah ditemui, lapor Xinhua.
Kapal yang karam kira-kira 12 batu (19 km) di utara Pulau Desecheo Puerto Rico itu, dipercayai membawa pendatang haram dengan kebanyakan penumpang di dalam bot itu dari Haiti.
Pengawal Pantai menerima laporan kira-kira tengah hari mengenai sebuah kapal yang karam dengan orang di dalam air yang kelihatan tidak memakai jaket keselamatan.
Pengawal Pantai dan agensi rakan kongsinya segera bertindak meskipun tidak jelas akan jumlah mangsa berada di atas bot itu. – Bernama, 13 Mei, 2022.
Komen