Findland mesti segera sertai Nato, kata presiden


Presiden Finland Sauli Niinisto menggesa negara itu segera memohon untuk menyertai Nato. – Gambar AFP, 13 Mei, 2022.

FINDLAND mesti segera memohon untuk menyertai Nato, lapor Sputnik, memetik kenyataan bersama Presiden Finland Sauli Niinisto dan Perdana Menteri Sanna Marin pada Khamis.

“Finland mesti segera memohon keahlian Nato. Kita harap negara perlu mengambil langkah untuk membuat keputusan ini dengan secepat mungkin,” kata kenyataan itu.

Presiden Majlis EU Charles Michel pada hari yang sama menganggap keputusan Finland itu sebagai “langkah bersejarah ... yang akan menyumbang kepada keselamatan Eropah.”

“Apabila Rusia melancarkan perang di #Ukraine, ia sudah menjadi isyarat kuat untuk mencegah,” ciap Michel. – Bernama, 13 Mei, 2022.              


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen