Dr Mahathir dibenar keluar IJN 


Bekas perdana menteri yang juga pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad ketika keluar daripada IJN hari ini. – Gambar Facebook ABY, 15 Februari, 2018. 

DR Mahathir Mohamad hari ini dibenarkan keluar daripada Institut Jantung Negara (IJN), selepas dimasukkan ke wad berikutan jangkitan dada. 

Bekas perdana menteri berusia 92 tahun itu dimasukkan ke IJN pada 9 Februari lalu selepas mengalami batuk, menurut IJN dalam satu kenyataan ringkas
 
Menerusi Twitter, Dr Mahathir berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakannya. 

“Saya ucap terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya. Alhamdulillah,” katanya selepas dibenarkan keluar. 

Dr Mahathir sebelum ini terpaksa membatalkan program kempen yang dijadualkan di Bentong Sabtu lalu. Beliau sepatutnya mengadakan program walkabout di Bentong diikuti ceramah di penempatan Felda di sana.

Pada Disember tahun lalu, Dr Mahathir tidak hadir pada ceramah di Ipoh kerana masalah kesihatan

Pada Julai, beliau turut membatalkan kehadirannya pada majlis makan malam dana di Kluang juga atas sebab kesihatan. 

Pada Ogos 2016, Dr Mahathir turut dimasukkan ke IJN kerana jangkitan dada. – 15 Februari, 2018. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen