Trofi Piala Dunia FIFA akan jelajah 54 negara


Selepas menjelajah 54 negara, trofi Piala Dunia FIFA akan kembali ke Qatar semasa kejohanan bermula. – Gambar EPA, 12 Mei, 2022.

TROFI Piala Dunia FIFA akan dibawa menjelajah ke seluruh dunia menjelang penganjuran kejohanan itu di Qatar, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Sejumlah 54 negara bakal dikunjungi termasuk 32 negara yang akan menyertai Piala Dunia FIFA Qatar 2022. 

Trofi itu akan kembali ke Qatar semasa kejohanan bermula dan sebelum perlawanan akhir berlangsung pada 18 Disember di Stadium Lusail. – Bernama, 12 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen