SERAMAI 25 cedera selepas sebuah pesawat penumpang tergelincir dari landasan dan terbakar ketika hendak berlepas dari lapangan terbang di Chongqing, China kira-kira 8 pagi tadi, lapor Xinhua.
Menurut sumber lapangan terbang pesawat penumpang kendalian Tibet Airlines itu membawa 113 penumpang dan sembilan anak kapal.
Semua penumpang telah dipindahkan manakala mangsa cedera dihantar ke hospital. – Bernama, 12 Mei, 2022.
Komen