Pasukan bola sepak Ukraine beraksi buat kali pertama selepas pencerobohan Rusia 


PASUKAN bola sepak kebangsaan Ukraine beraksi pada perlawanan pertama sejak pencerobohan Rusia pada Rabu, menewaskan kelab Jerman Borussia Moenchengladbach 2-1 dalam perlawanan persahabatan yang dianjurkan bagi mengumpul dana untuk mangsa konflik.

Ribuan penonton mengibarkan bendera Ukraine dan menyertai pemain dalam menyampaikan mesej sokongan kepada negara yang diserang dari Rusia pada 24 Februari.

“Perlawanan ini sangat penting, untuk pasukan kami dan untuk negara kami,” kata bekas pemain antarabangsa Ukraine, Andriy Voronin, yang mengulas mengenai perlawanan untuk saluran TV Jerman ProSieben.

“Kami merasakan bahawa kami tidak bersendirian, seluruh dunia berada di belakang kami.”

Ukraine menentang Scotland dalam separuh akhir play-off Piala Dunia di Glasgow pada 1 Jun. Pemenang perlawanan itu akan menentang Wales empat hari kemudian di Cardiff yang mempertaruhkan tempat di Qatar.

Jurulatih Oleksandr Petrakov mengumpulkan 23 pemain dari kelab Ukraine minggu lalu untuk memulakan persiapan di pusat latihan Slovenia FA dekat Ljubljana. – AFP, 12 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen