4 ditahan terlibat kes rempuhan universiti di Bolivia


Universiti Tomas Frias di Potosi, tenggara Bolivia. Empat pelajar ditahan selepas rempuhan di kampus menyebabkan empat rakan mereka maut dan 85 cedera. – Gambar Wikipedia, 11 Mei 2022.

EMPAT pelajar ditahan selepas kejadian rempuhan di sebuah universiti di Bolivia yang menyebabkan empat maut dan 85 cedera, kata polis semalam.

Ratusan pelajar berkumpul di arena sukan tertutup universiti bagi majlis pemilihan pelajar di Universiti Tomas Frias di wilayah Potosi di tenggara Bolivia.

Perdebatan sengit berlaku dan sekurang-kurangnya seorang pelajar meletupkan tong gas pemedih mata, mencetuskan rempuhan, menurut polis.

Polis berkata ramai yang cedera berdepan pelbagai kecederaan termasuk patah tulang dan mereka yang maut disebabkan sesak nafas.

Pergaduhan antara pelajar di Bolivia bukan perkara luar biasa dan gas pemedih mata digunakan dalam konfrontasi sebelum ini.

Pada Mac tahun lalu 12 pelajar maut di universiti berbeza apabila pagar runtuh semasa konfrontasi perhimpunan lain.

Pendakwa raya masih belum menyatakan jenayah apa yang akan didakwa oleh suspek dalam kes ini. – AFP, 11 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen