Jepun sekat 141 lagi individu dari Rusia, DPR, LPR


Jepun turut mengenakan sekatan ke atas Perdana Menteri Rusia Mikhail Mishustin serta 71 syarikat termasuk Almaz-Antey. – Gambar EPA, 10 Mei, 2022.

JEPUN mengenakan sekatan baharu terhadap lebih 140 individu dari Rusia, Republik Rakyat Donetsk (DPR) dan Republik Rakyat Lugansk (LPR).

Sekatan itu turut dikenakan ke atas Perdana Menteri Rusia Mikhail Mishustin serta 71 syarikat termasuk Almaz-Antey, lapor Sputnik.

Senarai sekatan yang dikemas kini telah diterbitkan di laman sesawang Kementerian Luar Jepun. – Bernama, 10 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen