5 maut runtuhan batu di barat daya China


Lima maut dalam kejadian runtuhan batu di Kaunti Rongxian, Wilayah Sichuan, barat daya China, semalam. – Gambar fail AFP, 10 Mei, 2022.

LIMA maut dalam kejadian runtuhan batu di Kaunti Rongxian, Wilayah Sichuan, barat daya China, lapor Xinhua, memetik pihak berkuasa tempatan hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira 2.30 petang semalam di sebuah kampung di Rongxian.

Operasi menyelamat ditamatkan pada tengah malam selepas mayat kelima ditemukan.

Siasatan mengenai punca kejadian sedang dijalankan. – Bernama, 10 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen