Biden tandatangan Akta 'Lend-Lease' untuk bantu Ukraine


Presiden Joe Biden semalam menandatangani Akta Lend-Lease bagi menyediakan bantuan ketenteraan kepada Ukraine. – Gambar EPA, 10 Mei, 2022.

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Joe Biden semalam menandatangani Akta Lend-Lease bagi menyediakan bantuan ketenteraan kepada Ukraine, lapor Agensi Anadolu (AA).

Bercakap kepada pemberita, beliau berkata AS menyokong rakyat Ukraine dalam perjuangan mempertahankan demokrasi dan negara.

Pentadbiran Biden menyalurkan lebih AS$3.8 bilion bantuan ketenteraan ke Ukraine sejak Russia memulakan operasi ketenteraan ke atas negara itu  pada 24 Februari dan meminta tambahan AS$33 bilion daripada Kongres.

Biden mengakui kos untuk membantu Kyiv bukanlah murah.

“Setiap hari rakyat Ukraine berjuang untuk hidup mereka. Kos perjuangan bukanlah murah tetapi membiarkan pencerobohan adalah lebih mahal,” katanya. – Bernama, 10 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen