PEMIMPIN Korea Utara, Kim Jong Un menghantar perutusan tahniah kepada Presiden Vladimir Putin sempena Victory Day yang disambut Russia, lapor Agensi Berita Yonhap, memetik Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).
Kim antara lain menyatakan “solidariti teguh negaranya kepada perjuangan rakyat Russia untuk menghapuskan ancaman politik serta peras ugut oleh pasukan musuh dan menjaga maruah, keamanan serta keselamatan negara.”
“Hubungan persahabatan tradisi dan strategik antara kedua-dua negara akan terus berkembang selaras dengan keperluan zaman,” menurut Kim.
Pada Februari, jurucakap kementerian luar Korea Utara mendakwa krisis Ukraine berlaku berpunca daripada “dasar hegemoni” oleh pihak tertentu. – Bernama, 10 Mei, 2022.
Komen