SPRM tahan reman dua pemain bola sepak Sarawak, bookie


Desmond Davidson

Dua pemain bola sepak pasukan Sarawak dan seorang bookie (berbaju oren) ditahan reman enam hari di lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kuching bagi membantu siasatan. – Gambar The Malaysian Insight, 15 Februari, 2018.

DUA pemain bola sepak Liga Perdana Sarawak dan seorang suspek bookie ditahan reman bagi membantu siasatan kerana mengatur perlawanan.

Pemain bahagian pertahanan Maswandi Zakaria,29, pemain tengah Mohd Hafiz Abu Bakar,28 dan suspek bookie Mohamad Zaiman Rosli ditahan reman enam hari di lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kuching bagi membantu siasatan.

Mahkamah Majistret Kuching membenarkan permohonan reman SPRM itu di bawah Seksyen 16 (a) (A)Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Majistret Portia Tham Ong Leng mengarahkan ketiga-tiga individu yang ditahan dibawa semula ke mahkamah pada 21 Februari untuk sebutan semula kes.

Ahad lalu, Persatuan Bola Sepak Sarawak membuka satu siasatan selepas pasukan itu tewas kepada Felcra United 2-3, meskipun mendahului 2-0 pada separuh masa pertama pada Sabtu.

Siasatan dalaman itu itu diketuai oleh Pengurus pasukan Sarawak, Wahab Abdul Rahim. – 15Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen