ANAK lelaki kepada mendiang diktator Filipina Ferdinand Marcos meraih kemenangan besar dalam pilihan raya presiden semalam ketika pengundi negara itu menolak amaran kebangkitannya boleh membahayakan demokrasi mereka yang rapuh.
Dengan lebih 90% pengiraan awal selesai Ferdinand “Bongbong” Marcos Jr memperoleh hampir 30 juta undi, lebih dua kali ganda daripada pencalonan pesaing terdekatnya, calon liberal Leni Robredo.
Menyampaikan ucapan lewat malam dari ibu pejabat kempennya di Manila Marcos mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan untuk “pengorbanan dan kerja” selama berbulan-bulan.
Tetapi dia belum lagi mahu mengisytiharkan kemenangannya dengan alasan “kiraan belum selesai”.
“Mari kita tunggu sehingga ia sangat jelas, sehingga kiraan mencapai 100% barulah kita boleh meraikannya,” katanya.
Di luar penyokong euforia menyalakan bunga api, mengibarkan bendera negara dan menaiki kereta untuk melaungkan kemenangan.
Cleve Arguelles, pensyarah sains politik di Universiti De La Salle Manila berkata sudah jelas “ini akan menjadi pilihan raya bersejarah” untuk Filipina. – AFP, 10 Mei 2022.
Komen