12.3 juta kanak-kanak Syria perlu bantuan, kata PBB


Lebih 6.5 juta kanak-kanak di Syria memerlukan bantuan, jumlah tertinggi dicatatkan sejak permulaan krisis, lebih 11 tahun lalu. – Gambar EPA, 9 Mei, 2022.

LEBIH ramai kanak-kanak Syria yang memerlukan bantuan pada masa ini berbanding ketika perang saudara yang dahsyat meletus lebih sedekad lalu, namun dana untuk mereka berkurang, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Kanak-kanak Syria menderita terlalu lama dan tidak sepatutnya menderita lagi,” kata agensi kanak-kanak PBB dalam satu kenyataan, menambah 12.3 juta kanak-kanak memerlukan bantuan di dalam negara dan di wilayah yang lebih luas tempat mereka melarikan diri.

“Lebih 6.5 juta kanak-kanak di Syria memerlukan bantuan, jumlah tertinggi dicatatkan sejak permulaan krisis, lebih 11 tahun lalu,” tambahnya.

Perang Syria dianggarkan mengorbankan hampir setengah juta orang dan jutaan yang lain kehilangan tempat tinggal sejak ia bermula dengan tindakan keras terhadap protes antikerajaan pada 2011.

“Keperluan kanak-kanak, di dalam Syria dan di negara jiran, semakin meningkat,” kata Adele Khodr, ketua Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef), Asia Barat.

“Banyak keluarga bergelut untuk menampung kehidupan. Harga bekalan asas termasuk makanan melambung tinggi, sebahagiannya akibat krisis di Ukraine.”

Kanak-kanak antara paling terdedah dan PBB berkata mereka akan menanggung kesan yang teruk.

“Di negara jiran Syria, yang tertekan oleh ketidakstabilan dan kerapuhan politik, hampir 5.8 juta kanak-kanak bergantung kepada bantuan, kehidupan mereka penuh dengan kemiskinan dan kesusahan,” lata Khodr.

Umocef berkata mereka menghadapi kekurangan wang tunai yang teruk untuk memberikan bantuan.

“Pembiayaan untuk operasi kemanusiaan sementara itu semakin berkurangan,” kata Khodr.

“Unicef menerima kurang daripada separuh daripada keperluan pembiayaannya untuk tahun ini.

“Unicef menggesa AS$20 juta (RM87.39) untuk membiayai operasi rentas sempadan di barat laut Syria, kawasan pemberontak utama terakhir negara untuk mewujudkan talian hayat bagi hampir sejuta kanak-kanak.” – AFP, 9 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen