‘First Lady’ AS lawat Ukraine sempena Hari Ibu


Jill Biden bertemu rakan sejawatannya dari Ukraine, Olena Zelenska di sebuah sekolah yang melindungi orang awam termasuk kanak-kanak yang dipindahkan akibat konflik. – Gambar EPA, 8 Mei, 2022.

JILL Biden, “First Lady” Amerika Syarikat (AS) membuat lawatan mengejut ke Ukraine hari ini bertemu rakan sejawatannya dari Ukraine, Olena Zelenska di sebuah sekolah yang melindungi orang awam termasuk kanak-kanak yang dipindahkan akibat konflik, kata jurucakapnya.

“Saya mahu datang pada Hari Ibu. Saya fikir adalah penting untuk menunjukkan kepada rakyat Ukraine perang ini perlu dihentikan dan perang ini kejam serta rakyat AS berdiri bersama rakyat Ukraine,” kata Biden kepada pemberita.

Seorang pegawai AS dalam lawatan itu juga berkata, ini adalah penampilan pertama Zelenska sejak Russia menceroboh Ukraine pada 24 Februari.

Zelenska mengucapkan terima kasih kepada Biden “atas tindakan yang sangat berani ini”.

“Kerana kami memahami apa yang diperlukan untuk ‘First Lady’ AS datang ke sini semasa perang apabila tindakan ketenteraan berlaku setiap hari, di mana siren udara berlaku setiap hari bahkan hari ini,” katanya kepada Biden.

Zelenska menekankan ini adalah lawatan simbolik Biden sempena sambutan Hari Ibu.

“Kami juga merasakan kasih sayang dan sokongan anda pada hari yang begitu penting,” kata ‘First Lady’  Ukraine itu.

Selepas pertemuan tertutup, kedua-duanya menyertai kanak-kanak tempatan di dalam kelas membuat kadbod dan kertas tisu sebagai hadiah untuk ibu mereka.

Biden dan Zelenska kedua-duanya membuat kraf sendiri menggunakan kertas tisu putih dan kuning.

Selepas lawatan itu, Jill Biden kembali ke Slovakia. – AFP, 8 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen