11 tentera Mesir terbunuh diserang pengganas, kata tentera


11 askar Mesir yang maut pada Sabtu itu menjadi satu kerugian paling teruk sejak bertahun-tahun dalam kempennya yang lama di dalam dan sekitar Sinai bagi menentang militan yang setia kepada kumpulan Negara Islam. – Gambar AFP, 8 Mei, 2022.

SEBELAS askar Mesir terbunuh pada Sabtu kerana cuba menghalang serangan “pengganas” ke atas zon Terusan Suez yang bersempadan dengan Semenanjung Sinai, kawasan sarang aktiviti jihad, kata tentera.

Ia kerugian paling teruk tentera itu sejak bertahun-tahun dalam kempennya yang lama di dalam dan sekitar Sinai bagi menentang militan yang setia kepada kumpulan Negara Islam.

Lima askar turut cedera dalam pertempuran di timur, tebing terusan Sinai, kata tentera, menambah pasukan keselamatan itu “terus mengejar pengganas dan mengepung mereka di kawasan terpencil di Sinai”.

“Operasi pengganas ini tidak akan mengalahkan keazaman negara dan tentera untuk terus melawan keganasan,” kata Presiden Abdel Fattah al-Sisi di Facebook.

Semenanjung Sinai Mesir telah dicengkam oleh pemberontakan bersenjata sejak lebih sedekad, yang memuncak selepas penyingkiran bekas presiden Islamis Mohammed Morsi pada 2013.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, saluran paip yang membawa minyak dan gas Mesir ke negara jiran Israel dan Jordan telah menjadi sasaran utama serangan pemberontak. – AFP, 8 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen