PIHAK berkuasa Itali semalam menyita sebuah kapal mewah mega tetapi pemiliknya masih misteri dengan khabar angin berkata ia mungkin milik presiden Russia.
“Scheherazade”, dianggarkan bernilai AS$700 juta, menjadi subjek siasatan terhadap pemiliknya oleh polis kewangan Itali.
Siasatan Itali membantu kaitan ekonomi dan perniagaan penting antara individu yang secara rasmi memiliki Scheherazade dengan individu terkemuka dalam kerajaan Russia, selain tokoh Russia yang dikenakan sekatan oleh Barat susulan pencerobohan Russia ke Ukraine.
Susulan siasatan itu, Menteri Ekonomi dan Kewangan Daniele Franco menandatangani kebenaran menyita kapal layar itu, kata kenyataan.
Ia sedang ditambat beberapa bulan di pelabuhan Marina di Carrara, di bandar tepi pantai Massa sejak beberapa bulan lalu.
Tetapi kapal layar itu kembali ke laut dan dijangka akan belayar pada Jumaat, sebelum kerajaan Itali mengeluarkan kenyataan itu.
Tetapi misteri masih tidak berjawab: siapa pemilik Scheherazade? Adakah kerabat aristokrat Russia? Vladimir Putin?
Dibina oleh syarikat Luerssen, Jerman pada 2020, kapal layar 140 meter itu mempunyai dua tempat mendarat helikopter, kolam renang dan pawagam, menurut laman web SuperYachtFan.
Polis Itali berkata mereka sedang melakukan yang terbaik untuk mengenal pasti pemiliknya. – AFP, 7 Mei, 2022.
Komen