PRESIDEN Joe Biden semalam mengumumkan pakej senjata Amerika Syarikat (AS) bernilai AS$150 juta untuk Ukraine bagi melawan pencerobohan Russia.
“Saya mengumumkan satu lagi pakej bantuan keselamatan yang dapat memberikan tambahan artileri peluru, radar dan peralatan lain ke Ukraine,” katanya, menambah dana itu semakin habis dan menggesa Kongres meluluskan lebih banyak lagi.
Pegawai kanan AS berkata, pakej itu termasuk 25,000 artileri 155mm, radar untuk mengesan sumber api musuh selain peralatan penyekat elektronik dan alat ganti.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan nilai senjata AS dihantar pentadbiran Biden ke Ukraine, termasuk artileri berat, pesawat peluru berpandu dan dron – kepada AS$3.8 bilion sejak Russia melancarkan pencerobohan pada 24 Februari lalu, kata Setiausaha Negara Antony Blinken.
Pakej diumumkan semalam bermakna baki AS$250 juta yang masih ada untuk Ukraine, semakin habis. Biden menggesa Kongres meluluskan pakej AS$33 bilion, di mana ia termasuk AS$20 bilion bantuan ketenteraan. – AFP, 7 Mei, 2022.
Komen