SEORANG penasihat kanan pemimpin agung Iran, Ali Khamenei, pada Rabu menolak beberapa “campur tangan” dalam program pembangunan peluru berpandu negara itu, lapor agensi berita China Xinhua.
“Program peluru berpandu Iran tidak membimbangkan negara lain kerana ia adalah isu domestik,” kata Ali Akbar Velayati kepada pemberita selepas bertemu pengerusi lawatan Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Parlimen Eropah, David McAllister.
“Iran membangunkan sistem pertahanannya sesuai dengan kepentingan negara,” katanya sambil menambah yang peluru berpandu itu merupakan “alat pencegahan” bagi republik Islam tersebut.
“Kami tidak membenarkan pihak lain campur tangan dalam program pertahanan negara,” katanya.
Pegawai Iran mengulangi yang republik Islam itu tidak akan berunding mengenai program peluru berpandunya yang mendapat tekanan dari Amerika Syarikat. – Bernama, 15 Februari, 2018.
Komen