881,602 kanak-kanak negara ini lengkap vaksinasi Covid-19


Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2,895,394 atau 93.1% lengkap vaksinasi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Mei, 2022.

SEJUMLAH 881,602 atau 24.8% kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun di Malaysia lengkap menerima vaksin di bawah program imunisasi Covid-19 kebangsaan untuk kanak-kanak (PICKids) setakat semalam.

Menurut laman web CovidNow, seramai 1,538,685 kanak-kanak atau 43.3% daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2,895,394 atau 93.1% lengkap vaksinasi manakala 2,993,097 atau 96.2% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Pada masa sama, sejumlah 16,038,512 atau 68.2% golongan dewasa menerima dos penggalak manakala 22,967,541 atau 97.6% lengkap dua dos dan 23,243,696 atau 98.8% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 11,121 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam dengan 1,959 dos pertama, 7,539 dos kedua dan 1,623 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi program imunisasi Covid-19 kebangsaan (Pick) sebanyak 70,345,153.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak dua kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan satu kes masing-masing di Negeri Sembilan dan Perak.

Jumlah itu angka terendah direkodkan selepas kali terakhir angka sama direkodkan pada 16 April tahun lalu. – Bernama, 6 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen