3 maut dalam serangan di Israel


Polis Israel melancarkan operasi yang turut disertai tentera bagi memburu pelaku. – Gambar EPA, 6 Mei, 2022.

TIGA orang terbunuh dalam serangan di bandar Elad, tengah Israel, ketika penempatan Yahudi itu menandakan ulang tahun penubuhannya pada Khamis.

Polis berkata bahawa pemburuan menggunakan helikopter dan sekatan jalan raya telah dilancarkan, dengan penyertaan lebih ramai pegawai dan unit tentera.

Perkhidmatan kecemasan Magen David Adom, yang mengesahkan kematian mangsa, berkata tiga lagi berada dalam keadaan serius selepas kejadian itu.

Menteri Luar Israel Yair Lapid berkata kegembiraan hari kemerdekaan telah terganggu dalam sekelip mata, dan mengutuk serangan di Elad.

Dua lagi mengalami kecederaan sederhana atau ringan, menurut MDA, yang merupakan versi Palang Merah Israel. – AFP, 6 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen