GPS akan bertanding di 31 kerusi Parlimen di Sarawak, kata Abang Johari


Desmond Davidson

Premier Sarawak Abang Johari Openg sekali lagi menolak perkongsian kerusi dengan mana-mana parti malah rakan kongsinya terdahulu dalam gabungan Perikatan Nasional pada PRU15. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Mei, 2022.

PREMIER Sarawak Abang Johari Openg sekali lagi menolak perkongsian kerusi dengan mana-mana parti termasuk rakan kongsinya terdahulu dalam gabungan Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pilihan raya itu dijangka dilaksanakan selepas undang-undang anti lompat parti diluluskan pada Julai.

“Saya sudah kata (sebelum ini) kita bertanding di semua 31 kerusi,” kata pengerusi gabungan pemerintah negeri Gabungan Parti Sarawak (GPS) kepada pemberita pada Majlis Hari Raya Aidilfitri DUN Gedong hari ini.

Empat parti yang membentuk GPS ialah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Abang Johari yang kini memegang 13 kerusi, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) satu kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) dengan masing-masing dua kerusi.

Empat parti itu yang kemudiannya bertanding sebagai ahli Barisan Nasional memenangi 19 daripada 31 kerusi tetapi jumlahnya berkurangan kepada 18 pada 2019 apabila Ahli Parlimen Sri Aman dari PRS, Masir Kujat berpaling tadah kepada parti pembangkang Parti Sarawak Bersatu (PSB).

PBB diperuntukkan 14 kerusi untuk bertanding, SUPP (7), PRS (6) dan PDP (4). – 5 Mei, 2022.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen