SERAMAI 17 mangsa terbunuh selepas seorang bekas pelajar berusia 19 tahun melepaskan tembakan rambang dengan senapang separuh automatik di sebuah sekolah menengah di Florida, kata polis tempatan.
Sherif daerah Broward, Steve Israel berkata mangsa terbabit terdiri daripada pelajar dan bukan pelajar, tetapi setakat ini tidak dapat disahkan sama ada mangsa dewasa adalah guru di sekolah itu.
Beliau mengenal pasti suspek sebagai Nikolaus Cruz, bekas pelajar di Sekolah Menengah Marjory Stoneman Douglas itu yang dikenakan tindakan buang sekolah kerana “masalah disiplin”.
“Kami sudah mula menyiasat suspek, termasuk laman web dan media sosialnya,” kata Israel. – AFP, 15 Februari, 2018.
Komen