Inflasi Turki melonjak 70% pada April


Pakar ekonomi berpendapat banyak masalah sosial Turki adalah berpunca daripada strategi ekonomi tidak konvensional Presiden Recep Tayyip Erdogan hingga menyebabkan ramai pelabur asing keluar daripada pasaran baharu. – Gambar EPA, 5 Mei, 2022.

KADAR inflasi rasmi Turki mencapai hampir 70 peratus pada April, sekali gus menimbulkan cabaran besar kepada kerajaan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Menurut agensi statistik negara itu dalam satu kenyataan, indeks harga pengguna meningkat sebanyak 69.97% tahun ke tahun pada April berbanding 61.14% pada Mac.

Pakar ekonomi berpendapat banyak masalah sosial Turki adalah berpunca daripada strategi ekonomi tidak konvensional Erdogan hingga menyebabkan ramai pelabur asing keluar daripada pasaran baru.

Erdogan menegaskan pemotongan mendadak dalam kadar faedah diperlukan untuk menurunkan harga pengguna yang melambung tinggi, menentang teori yang dipegang pakar ekonomi.

Kadar inflasi lebih tinggi juga berpunca daripada kejatuhan lira sekali gus menyebabkan import tenaga lebih mahal. – AFP, 5 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen