Shell catat keuntungan tinggi di sebalik tekanan Russia


Menurut Shell, keuntungan selepas cukai melonjak kepada AS$7.1 bilion (6.7 bilion euro) berbanding tahun sebelumnya. – Gambar EPA, 5 Mei, 2022.

SYARIKAT gergasi tenaga British, Shell mengumumkan keuntungan bersihnya melonjak 26% pada suku pertama apabila harga minyak melambung tinggi sekali gus mengimbangi caj besar susulan penutupan operasi di Russia.

Menurut Shell dalam satu kenyataan, keuntungan selepas cukai melonjak kepada AS$7.1 bilion (6.7 bilion euro) berbanding tahun sebelumnya.

Walaupun kumpulan itu mengambil caj AS$3.9 bilion susulan penutupan operasi di Rusia selepas Moscow menyerang Ukraine, namun ia menyaksikan kos lebih rendah di tempat lain.

Hasil meningkat 51% kepada AS$84.2 bilion dalam tiga bulan pertama tahun itu, katanya.

Harga minyak melonjak sejak beberapa bulan kebelakangan ini berikutan kebimbangan terhadap bekalan ketat susulan pencerobohan di Ukraine oleh pengeluar minyak dan gas utama, Russia.

“Perang di Ukraine adalah tragedi pertama manusia, tetapi ia juga menyebabkan gangguan ketara kepada pasaran tenaga global dan telah menunjukkan ianya selamat, boleh dipercayai dan berpatutan tidak boleh dipandang remeh,” kata ketua eksekutif Ben van Beurden.

“Kesan ketidakpastian ini dan kos lebih tinggi sedang dirasai di seluruh dunia.”

Kumpulan yang tersenarai di London itu bulan lalu menyatakan ia akan mencecah antara AS$4 bilion dan AS$5 bilion pada suku pertama akibat kemerosotan nilai aset dan caj tambahan berkaitan penutupan operasi di Russia.

Shell pada akhir Februari lalu mengumumkan akan menjual kepentingannya dalam semua usaha sama dengan gergasi tenaga negara Rusia Gazprom selepas Kremlin melancarkan serangan ke atas Ukraine.

Syarikat itu kemudiannya memutuskan untuk menarik diri daripada industri gas dan minyak Rusia pada Mac lalu selaras dengan dasar kerajaan UK.

Pesaing Shell, BP pada Selasa mencatatkan kerugian suku tahunan terbesarnya, pada AS$20.4 bilion.

Ini selepas BP terpaksa membayar caj besar AS$25.5 bilion susulan penutupan operasi di Russia. – AFP, 5 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen