PERTUBUHAN Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) bimbang tindakan geng bersenjata merekrut kanak-kanak menyertai kumpulan itu.
Pejabat Integrasi PBB berkata dalam tempoh dua minggu, sekurang-kurangnya 39 orang awam terbunuh dan pihaknya sangat bimbang tindakan merekrut remaja bawah umur ke dalam kumpulan itu, yang merupakan antara enam pelanggaran serius hak asasi kanak-kanak.
Kumpulan bersenjata itu sering menjelajah ke kawasan kejiranan termiskin di ibu kota selama beberapa dekad, namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pengaruh mereka semakin meningkat.
Minggu lalu, satu video menunjukkan seorang remaja bawah umur bertopeng dan memegang senjata automatik kaliber tinggi mula tular di laman sosial Haiti.
Klip video itu dirakam di Martissant, kawasan miskin di barat Port-au-Prince yang dikawal geng sejak tahun lalu – seorang kanak-kanak lelaki memberitahu dia sedang berperang dengan ketua geng yang
Kawalan kumpulan jenayah itu kini mula tersebar di utara dan timur pinggir bandar dan PBB mengecam tindakan penjenayah merekrut kanak-kanak ke dalam kumpulan itu.
PBB di Haiti menerusi Twitter mengutuk tindakan keganasan dilakukan kumpulan geng sejak 24 April lalu, yang menjejaskan komuniti di utara dan timur laut Port-au-Prince sehingga mengorbankan nyawa puluhan rakyat, selain mencederakan serta menyebabkan ribuan kehilangan tempat tinggal.
Setakat ini, organisasi hak asasi manusia masih belum mengumpulkan maklumat terperinci berhubung keadaan di kawasan yang terjejas teruk, memandangkan keganasan yang berlaku menghalang mereka daripada memasuki lokasi itu.
Dalam satu kenyataan, pihak berkuasa perlindungan orang awam Haiti menganggarkan antara 24 April dan 2 Mei lalu, sekurang-kurangnya 39 terbunuh dan 68 lain cedera.
Seramai 9,000 orang juga dipercayai hilang tempat tinggal dari tiga komuniti di pinggir bandar Port-au-Prince.
“Sebanyak 48 sekolah, lima pusat perubatan dan lapan pasar ditutup disebabkan situasi itu,” katanya. – AFP, 5 Mei, 2022.
Komen